Permohonan Untuk Menghadiri Konvokesyen Kali Ke 30 ( Tahun 2017)
Masukkan Nombor KP : Contoh : 820121034321 :: Tanpa Sengkang.
Masukkan No. Pend : Contoh : 04DAD05F3002
    

Makluman Kepada Para Graduan

1. Utama Laman PKB

2. Klik Untuk Tatacara Permohonan Untuk Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen.

3. Klik Untuk Tempahan Cenderamata Dari Pihak Koperasi PKB Tempahan




Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 09-7889126/09-7889344:
1.   Pendaftaran Graduan ; Unit Psikologi & Kerjaya (ext 143,152 atau 115)
2.   Bayaran ; Bendahari (samb 245 )
3.   Alumni ; Setiausaha Kerja (samb 117)
4.   Data/Permohonan Hadir Atas Talian (teknikal) : Unit Multimedia & Sumber (samb. 120)
5.   Pengambilan Jubah ; Koperasi PKB (samb 218)
6.   Pengambilan Skrol ; Unit Peperikasaan (samb 130),Pn. Zainab (019-9125284)
7.   Urusetia : JMSK ( ext 351)

 
FAQ : Soalan Lazim
Soalan-soalan Lazim Konvokesyen
  • Bayaran Konvokesyen & Alumni
    • Sekiranya saya telah membayar wang yuran pendaftaran Alumni semasa konvokesyen sijil, adakah saya masih perlu membayar yuran alumni semasa konvokesyen diploma?
      Jawapan : Tidak Perlu. Bayaran yuran Alumni hanya perlu dibayar sekali sahaja.

    • Bagaimana cara untuk bank-in yuran konvokesyen melalui ATM (Cash Deposit Machine)?
      Jawapan : Tuan/puan bolehlah merujuk pada panduan Klik Untuk Tatacara Permohonan Untuk Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen

    • Bagaimana sekiranya tersalah bayar akaun lain? (salah nombor akaun).
      Jawapan : Sebelum tuan/puan membuat pembayaran, sila pastikan nombor akaun yang telah dinyatakan sahaja dipilih. Sekiranya masih berlaku kesilapan, sila berurusan dengan pihak bank berkenaan dengan menyertakan salinan resit pembayaran yang telah dibuat.

    • Bagaimana sekiranya terlebih bayar yuran?
      Jawapan : Sila mohon bayaran lebihan tersebut secara bertulis dengan menyertakan salinan asal slip bank-in atau berurusan terus dengan koperasi politeknik.

    • Bagaimana sekiranya bayaran yang dibuat adalah kurang / tidak cukup?
      Jawapan : Bayaran yang dibuat hendaklah tepat dengan nilai yang diminta. Pendaftaran tuan/puan akan dibatalkan. Pastikan pembayaran perlu dijelaskan sebelum tarikh reheasal Majlis Konvokesyen.

    • Berapakah jumlah yuran yang perlu dibayar ?
      Jawapan :
      Hadir/Tidak Hadir : Semua graduan dikenakan Bayaran Konvokesyen, bayarannya adalah RM 220.00(Bayaran pengurusan Diploma/Sijil sebanyak RM170.00 dan yuran seumur hidup Alumni sebanyak RM50.00).

    • Slip bank-in hilang dalam simpanan
      Jawapan : Sila membuat rayuan secara bertulis kepada urusetia dengan menyatakan butiran berikut : Nama bank, tarikh urusniaga, masa dan Jumlah bayaran.

    • Sebelum ini saya telah membuat bayaran untuk tidak hadir konvo. Bagaimana sekiranya saya ingin menghadiri konvokesyen tersebut di saat-saat akhir?
      Jawapan : Sila buat penambahan yang diperlukan mengikut jumlah yang telah ditetapkan dan poskan semula slip asal pembayaran ke urusetia majlis konvokesyen. Maklumkan juga kepada urusetia Pendaftaran Graduan

  • Jenis Pakaian Yang Sesuai Semasa Majlis Konvokesyen Berlangsung.
    • Apakah pakaian yang sesuai untuk konvo?
      Jawapan : Tuan/puan boleh merujuk kepada tatacara ketika majlis konvokesyen berlangsung dengan tuan/puan login dahulu. Setelah login, terdapat tatacara yang terperinci telah dinyatakan disitu. Harap maklum

  • Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen
    • Sekiranya saya menghadapi peperiksaan akhir / tidak dapat menghadirkan diri semasa raptai tetapi masih mahu menghadiri Konvokesyen, adakah saya masih boleh menghadiri konvokesyen tanpa perlu menghadiri raptai?
      Jawapan : Tidak boleh.

    • Sekiranya saya mengambil keputusan di saat-saat akhir untuk menghadiri konvo, dimana saya boleh mengambil jubah (kaunter pengambilan jubah telah ditutup)
      Jawapan : Tuan/puan boleh menghubungi JK Persijilan & Jubah untuk makluman lanjut.

    • Bila saya boleh mula mengambil jubah dan dimana?
      Jawapan : Sila rujuk jadual pengambilan jubah. Jadual jubah boleh dirujuk melalui tatacara ketika majlis konvokesyen

    • Surat panggilan konvo masih tidak diterima atau tidak sampai ke rumah.
      Jawapan : Tuan/puan tidak perlu menunggu surat panggilan tersebut. Tuan/puan boleh memohon untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen melalui laman web PKB.

    • Masalah Daftar Pengesanan Graduan Secara Online. Apabila mengisi halaman kajian pengesanan graduan, saya tidak dapat ke muka surat seterusnya / keluar paparan Maklumat anda tidak dijumpai
      Jawapan : Sila hubungi Jawatan Kuasa Pengesanan Graduan untuk makluman lanjut.

    • Dimana saya boleh mendapatkan tempat penginapan untuk keluarga graduan berdasarkan kadar tertentu?
      Jawapan : Sila hubungi JK Penginapan untuk dimaklumkan tempat-tempat yang dikira strategik dan mudah untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen.