Permohonan Untuk Menghadiri
Majlis Konvokesyen Kali Ke 37
Tahun 2024


Permohonan Kini Ditutup. Harap Maklum.
Tarikh Tutup Permohonan : 14/08/2024

Makluman Kepada Para Graduan
1. Klik Untuk Tatacara Permohonan Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian berikut:
1.   Pendaftaran Graduan [ 09- 788 9126 /9344 (samb.152/115) ]
2.   Bayaran [ 09- 788 9126 /9344(samb. 218 ) ]
3.   Alumni PKB [ 09- 788 9126 /9344(samb. 281) ]
4.   Pengambilan Skrol : Unit Peperiksaan [ 09- 788 9126 /9344(samb. 130), En. Firdaus (014-8374450) ]
5.   Data/laman web (teknikal) [ 09- 788 9126 /9344 (samb. 120) ]

ATAU

Ke Alamat Berikut :
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI
POLITEKNIK KOTA BHARU
KM24, KOK LANAS
16450, KETEREH, KELANTAN
(U/P : UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI)

ATAU

Melalui Applikasi Whatsapp/Telegram di Talian berikut :
HTTPS://T.ME/+O9GRPM8GJBVJMZVL


ATAU
Sertai Kumpulan Whatsapp/Telegram berikut :
: https://t.me/+o9GrPM8GjbVjMzVl
 

FAQ : Soalan Lazim

Soalan-soalan Lazim Konvokesyen

Proses Penghantaran Borang Jawapan Melalui Aplikasi Whatsapps @ Telegram

Berikut adalah tatacara penbayaran dan penghantaran borang jawapan melalui Aplikasi Whatsap @ Telegram:

  • Langkah 1 : Login http://spmp.pkb.edu.my/ukonvo/konvo_login.jsp. Klik menu Permohonan Menghadiri Konvokesyen. Lengkapkan borang tersebut.
  • Langkah 2 : Setelah melengkapkan borang, sila klik  Cetak Surat Hadir/Tidak Hadir Konvo untuk mencetak dan pilih cetakan format PDF.
  • Langkah 3 : Seterusnya sila buat pembayaran yuran hadir/tidak hadir ke majlis konvokesyen. Anda akan memperolehi resit rasmi pembayaran dari bank berkenaan. Jumlah yang perlu dibayar boleh di rujuk pada Tatacara Permohonan Hadir/Tidak Hadir
  • Langkah 4 : Pada resit rasmi pembayaran, sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran di penjuru kiri resit tersebut. Resit rasmi ini harus disimpan oleh graduan dan dibawa semasa sesi pendaftaran majlis konvokesyen.
  • Langkah 5 : Resit rasmi yang telah lengkap (Langkah 4), hendaklah di capture /snap shot dan di simpan dalam format JPEG atau PNG sahaja. Uploadkan resit rasmi tersebut mengikut panduan tatacara menghadiri majlis konvokesyen.

      Sebarang pertanyaan bolehlah melalui group telegram https://t.me/+aEgRQmPkUzxhZDA1

 

  • Bagi graduan yang tidak hadir ke majlis konvokesyen, hendaklah melengkapkan dan memberikan alamat surat menyurat yang tepat bagi urusan penghantaran sijil rasmi. Sila hubungi Urusetia atau Unit Penilaian dan Peperiksaan selepas majlis konvokesyen bersidang untuk urusan penghantaran sijil diploma.

Bayaran Konvokesyen & Alumni

  • Sekiranya saya telah membayar wang yuran pendaftaran Alumni semasa konvokesyen sijil, adakah saya masih perlu membayar yuran alumni semasa konvokesyen diploma?
    Jawapan : Tidak Perlu. Bayaran yuran Alumni hanya perlu dibayar sekali sahaja.

  • Bagaimana cara untuk bank-in yuran konvokesyen melalui ATM (Cash Deposit Machine)?
    Jawapan : Tuan/puan bolehlah merujuk pada panduan Klik Untuk Tatacara Permohonan Untuk Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen

  • Bagaimana sekiranya tersalah bayar akaun lain? (salah nombor akaun).
    Jawapan : Sebelum tuan/puan membuat pembayaran, sila pastikan nombor akaun yang telah dinyatakan sahaja dipilih. Sekiranya masih berlaku kesilapan, sila berurusan dengan pihak bank berkenaan dengan menyertakan salinan resit pembayaran yang telah dibuat.

  • Bagaimana sekiranya terlebih bayar yuran?
    Jawapan : Sila mohon bayaran lebihan tersebut secara bertulis dengan menyertakan salinan asal slip bank-in atau berurusan terus dengan koperasi politeknik.

  • Bagaimana sekiranya bayaran yang dibuat adalah kurang / tidak cukup?
    Jawapan : Bayaran yang dibuat hendaklah tepat dengan nilai yang diminta. Pendaftaran tuan/puan akan dibatalkan. Pastikan pembayaran perlu dijelaskan sebelum tarikh reheasal Majlis Konvokesyen.

  • Berapakah jumlah yuran yang perlu dibayar ?
    Jawapan :
    Hadir/Tidak Hadir : Semua graduan dikenakan Bayaran Konvokesyen, bayarannya adalah RM180.00 bagi yang hadir dan RM130.00 bagi yang tidak hadir. Yuran Alumni sekali seumur hidup adalah sebanyak RM50.00
  • Slip bank-in hilang dalam simpanan
    Jawapan : Sila membuat rayuan secara bertulis kepada urusetia dengan menyatakan butiran berikut : Nama bank, tarikh urusniaga, masa dan Jumlah bayaran.

  • Sebelum ini saya telah membuat bayaran untuk tidak hadir konvo. Bagaimana sekiranya saya ingin menghadiri konvokesyen tersebut di saat-saat akhir?
    Jawapan : Sila buat penambahan yang diperlukan mengikut jumlah yang telah ditetapkan dan poskan semula slip asal pembayaran ke urusetia majlis konvokesyen. Maklumkan juga kepada urusetia Pendaftaran Graduan

Jenis Pakaian Yang Sesuai Semasa Majlis Konvokesyen Berlangsung.

  • Apakah pakaian yang sesuai untuk konvo?
    Jawapan : Tuan/puan boleh merujuk kepada tatacara ketika majlis konvokesyen berlangsung dengan tuan/puan login dahulu. Setelah login, terdapat tatacara yang terperinci telah dinyatakan disitu. Harap maklum

Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen

  • Sekiranya saya menghadapi peperiksaan akhir / tidak dapat menghadirkan diri semasa raptai tetapi masih mahu menghadiri Konvokesyen, adakah saya masih boleh menghadiri konvokesyen tanpa perlu menghadiri raptai?
    Jawapan : Tidak boleh.

  • Sekiranya saya mengambil keputusan di saat-saat akhir untuk menghadiri konvo, dimana saya boleh mengambil jubah (kaunter pengambilan jubah telah ditutup)
    Jawapan : Tuan/puan boleh menghubungi JK Persijilan & Jubah untuk makluman lanjut.

  • Bila saya boleh mula mengambil jubah dan dimana?
    Jawapan : Sila rujuk jadual pengambilan jubah. Jadual jubah boleh dirujuk melalui tatacara ketika majlis konvokesyen

  • Surat panggilan konvo masih tidak diterima atau tidak sampai ke rumah.
    Jawapan : Tuan/puan tidak perlu menunggu surat panggilan tersebut. Tuan/puan boleh memohon untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen melalui laman web utama .

  • Masalah Daftar Pengesanan Graduan Secara Online. Apabila mengisi halaman kajian pengesanan graduan, saya tidak dapat ke muka surat seterusnya / keluar paparan Maklumat anda tidak dijumpai
    Jawapan : Sila hubungi Jawatan Kuasa Pengesanan Graduan untuk makluman lanjut.

  • Dimana saya boleh mendapatkan tempat penginapan untuk keluarga graduan berdasarkan kadar tertentu?
    Jawapan : Sila hubungi JK Penginapan untuk dimaklumkan tempat-tempat yang dikira strategik dan mudah untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen.